Wednesday, April 28, 2010

HARAM 2 KALI...Apekah itu?

Ironinya, kegunaan bahan tersebut (haemoglobin daripada khinzir itu)… di gunakan sebagai menapis bahan2 kimia dlm rokok dgn lebih berkesan drpd terus ke peparu… (amatlah baik kesan fungsinya…), Namun, bahan itu sendiri terang2nya haram….So, APEKAH JADAHNYE

“Saya rase pendedahan ini akan menimbulkan kemarahan besar beberapa kumpulan penganut agama yg taat… terutamanya agama islam dan yahudi….kedua2 agama ini secara khusus mengharamkan memakan daging tersebut dan sebarang produk yg berkaitan dengannya ”

(Simon Chapman, Prof Universiti Sydney)

Ni sokongan ayat Qurannye (tentang pengharaman Khinzir dan yg sewaktu dgnnye)….

Bismillahirrahmanirrahim…..

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Al-Baqarah: 173)

Tapi...(tibe2 tersentap sekejap)…Apenye pulak… menimbulkan kemarahan…. Masyarakat islam terutamanya?? Bukankah sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa MEROKOK itu adelah HARAM… So, perluke nak marah2….

“Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan , Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata, keputusan hukum HARAM rokok adalah JELAS”

(Majlis Fatwa Kebangsaan)

Fatwa ni dah dikeluarkan sejak tahun 1995 lagi (lamekan??)… tapi kebanyakan org semakin melupakan ini semua kerana mungkin tidak mendapat sokongan daripada badan2 besar GO mahupun NGO. Setakat ini kalau tak salah baru 2 badan sahaja yg menyokong kenyataan pengharaman rokok ini…

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Syabas MMA… pasni leh la aku join MMA…hehe

Lagisatu statement yg menyedihkan ni…. aku Quote from salah satu Laman Sarang Lelabah… (Laman Web sebenarnye)..

“Kita belum terbaca (sejak Mac 2002) apa-apa komentar oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Tembakau Negara, UIA (alamak UIA??), ABIM, Persatuan Ulama Malaysia mahupun Parti Pas….” (sori… ade sedikit unsur2 politik disini… tapi saye tak main politik ek… belum masenye lagi…)

Komentar yg dimaksudkan adelah berupe pandangan mengenai pengharaman rokok ini...same ade menyokong atau pon... ape2 je lah.... sebab bdn2 yg disebut di atas lebih kurang me'represent' komuniti islam di Malaysia...

So, bukankah, kalau takde unsur2 khinzir dalam rokok tu pon dah kire haram, ini kan pulak ditambah dgn khinzir yg tak perlu lagi nak dipersoalkan akan halal haramnye… Jadi bertambah2 haramlah rokok itu….HARAM 2X…. (masing2 fikirkan lah ek…)

Jadi… mungkin kenyataan ini (yg pasal gune haemoglobin khinzir sebagai penapis dlm rokok tu…) Allah mahu tunjukkan bahawa, betullah ROKOK itu adelah haram(ape2 sahaja yg berkaitan dengannye…) kerana… bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri… yg paling teruk membahayakan kesihatan org lain…. Yg mane risiko utk mendapat kesan sampingan drpd rokok itu berkali2 ganda lagi…. (itu yg aku paling ingat mase Ustz. Aman present aritu…)

Lagi2 sekarang, ade penapis darah khinzir dlm die…Eee… nak ke korang sedut bende tu??

So, ape tindakan selanjutnye… cube la berhenti merokok ek… pade sesiape yg kuat sgt merokok… Pade sesiape yg nak cube2 tu… jgnlah sekali2… sebab bile dah start jadi ketagih susah gile nak berhenti….

Sebab tu… kebanyakan yg merokok ni… sedar akan kesan sampingan dan bahayanya.. tapi oleh kerana ketagihan (kesan drpd bahan kimia dlm rokok tu… Nicotine)… dan kebanyakan kesan sampingan yg teruk2 tu ade lah jangka mase panjang punye cite… so mereka susah nak berhenti… kasihannye rase…. Kadang2 rase bukan salah mereka pun… sebab mereka nak berhenti pon tak boleh… sebab… yg disebut tadilah… (takkan nak ulang2 lagi kot…)

Tapi, insyaallah… bykkan berdoa… tawakkal… usaha kuat… gantungkan diri pada Allah… Puase sunat byk ke…. Tuhan akan tolong… byk pahala tu… sebab kite berusaha kearah kebaikan utk bukan diri sendiri sahaja n utk org lain juge…plus puase sunat dapat pahala lagi… wah byaknye pahala leh kutip….

Akhir kate… daku mungkin ade tersalah ckp atau terkasar bahasa dlm ape yg diungkapkan… namun demi Allah… tiade niat utk menyampah atau membenci sesiape… semua yg dikatakan adelah semata2 kerana Allah dgn niat utk menyampaikan kebaikan…. (tapi mane2 yg salah harap mintak maaf…)Daku ini manusia juge….. memang takkan lepas drpd melakukan kesalahan….

Semoga Tuhan mengampuni daku dan ummat islam sekalian….Amin…

No comments:

Post a Comment