Wednesday, April 14, 2010

Cintailah Allah… Nescaya Dia Mencintaimu...

Cintailah Allah... Nescaya Dia Mencintaimu…. Membukakan hati seluruh isi Langit dan Bumi… agar turut Mencintaimu….

Kata2 ini dipetik dari sebuah buku bertajuk Hadith-Hadith Cinta… Karangan Amir Syammakh… Daku hanya sebagai hamba Allah yg lemah dan perlu byk belajar mengambil inisiatif mengupas sedikit sebanyak… dari apa yg di baca dan dipelajari…. Harap ilmu yg sedikit cuma ini dapat dikongsi kita bersama… Marilah sama2 renungkan…

Cintailah Allah dalam apa jua cara sekalipun… kerana jika anda mencintai Allah… Allah akan memerintahkan seluruh makhluk langit dan bumi…. Agar dibisikkan ke hatinya agar mencintaimu bersama2… Bayangkan betapa besarnya nikmat ini… “SELURUH ISI LANGIT DAN BUMI”…. MasyaAllah….

Kenyataan ini telah disokong oleh hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah r.a….

“Ketika Allah mencintai seorang hamba, Allah menyeru pada malaikat Jibril, ‘Hai Jibril, sungguh Allah mencintai si fulan, cintailah ia olehmu.’ Jibril pun mencintainya. Kemudian, ia menyeru kepada penduduk langit, ‘Sungguh Allah mencintai si fulan, cintailah ia oleh kalian.’ Ia pun dicintai penduduk langit. Setelah itu, ia diterima di muka bumi. Dan ketika Allah membenci seorang hamba….. (HR Muslim)

Bagi meraih cinta Allah bukanlah mudah… hendaklah tekun menjalankan segala suruhanNya… banyak bekorban ke jalan Allah… melakukan amalan2 yg diredhai Allah….

Perkara2 ini apabila disebut… semua org islam tau… macam menjawab soalan periksa agama islam masa SPM dulu…dan rase2 senang je nak buat sume nie….

Tetapi hakikatnya, sememangnya bukan senang utk mengecapi cinta Allah ini…. Tunggulah apabila di saat kita diuji dgn kesenangan dunia… ajakan nafsu dan mungkin dgn kesusahan dan penderitaan yg berpanjangan… waktu itu barulah kita tau… sanggupkah kita bekorban kerana Allah….

Namun…Allah itu sememangnya sayang pada hamba2Nya… bila dia beri kita pelbagai ujian kita dikehendaki bykkan beristighfar…. Supaya kita kembali padaNya…

Jangan lupa juga sentiasa berdoa pada Allah…Jalan yang Allah beri bagi hamba2Nya yang buntu dan disaat perlukan tempat utk mengadu dan pohon pertolongan….

Allah sgt suka pada hamba2Nya yg mengadu padaNya… Kerana di waktu kita mengadu itu… menunjukkan kita selalu ingat padaNya…. Jadi… bermohonlah sebanyak mungkin….agar mendapat cinta ilahi….

Konsep mencintai Allah ini… adalah apabila kita melebihkan Allah dalam segala hal… meletakkan cinta pada Allah dalam list nombor satu daripada segalanya… Ibubapa…kekasih, isteri…. Anak2… adikberadik… kawan2….

Sememangnya sukar… kerana manusia itu terdorong dgn perasaan yg lemah dan nafsu yang kuat….sentiasa mengalihkan hala tujuan manusia kepada yg salah… Siapa lagi tak lain tak bukan Boss2 yg mengawal dan mengarahkan nafsu ni utk menghancurkan manusia kalau tak Iblis dan syaitan yg di laknat…..

Kejarilah cinta Allah…. Kerana…itulah cinta yang kekal hingga akhir hayat… cinta yg lain2 tidak menentu….dan tidak pernah pasti… kadang2 hanya mimpi… dan harapan palsu semata2…. Bercintalah kamu sesame manusia… kerana Allah…. Biar ada Allah di antaranya…

Kerana apabila terlalu cintakan Allah…. Cinta sesame manusia akan terpelihara olehNya sentiasa…InsyaAllah….

No comments:

Post a Comment