Saturday, June 12, 2010
Tahniah Isra'
Setelah Lame Menghilang
Wednesday, April 28, 2010
HARAM 2 KALI...Apekah itu?
Ironinya, kegunaan bahan tersebut (haemoglobin daripada khinzir itu)… di gunakan sebagai menapis bahan2 kimia dlm rokok dgn lebih berkesan drpd terus ke peparu… (amatlah baik kesan fungsinya…), Namun, bahan itu sendiri terang2nya haram….So, APEKAH JADAHNYE…
“Saya rase pendedahan ini akan menimbulkan kemarahan besar beberapa kumpulan penganut agama yg taat… terutamanya agama islam dan yahudi….kedua2 agama ini secara khusus mengharamkan memakan daging tersebut dan sebarang produk yg berkaitan dengannya ”
(Simon Chapman, Prof Universiti Sydney)
Ni sokongan ayat Qurannye (tentang pengharaman Khinzir dan yg sewaktu dgnnye)….
Bismillahirrahmanirrahim…..
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Baqarah: 173)
Tapi...(tibe2 tersentap sekejap)…Apenye pulak… menimbulkan kemarahan…. Masyarakat islam terutamanya?? Bukankah sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa MEROKOK itu adelah HARAM… So, perluke nak marah2….
(Majlis Fatwa Kebangsaan)
Fatwa ni dah dikeluarkan sejak tahun 1995 lagi (lamekan??)… tapi kebanyakan org semakin melupakan ini semua kerana mungkin tidak mendapat sokongan daripada badan2 besar GO mahupun NGO. Setakat ini kalau tak salah baru 2 badan sahaja yg menyokong kenyataan pengharaman rokok ini…
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Syabas MMA… pasni leh la aku join MMA…hehe
Lagisatu statement yg menyedihkan ni…. aku Quote from salah satu Laman Sarang Lelabah… (Laman Web sebenarnye)..
“Kita belum terbaca (sejak Mac 2002) apa-apa komentar oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Tembakau Negara, UIA (alamak UIA??), ABIM, Persatuan Ulama Malaysia mahupun Parti Pas….” (sori… ade sedikit unsur2 politik disini… tapi saye tak main politik ek… belum masenye lagi…)
Komentar yg dimaksudkan adelah berupe pandangan mengenai pengharaman rokok ini...same ade menyokong atau pon... ape2 je lah.... sebab bdn2 yg disebut di atas lebih kurang me'represent' komuniti islam di Malaysia...
So, bukankah, kalau takde unsur2 khinzir dalam rokok tu pon dah kire haram, ini kan pulak ditambah dgn khinzir yg tak perlu lagi nak dipersoalkan akan halal haramnye… Jadi bertambah2 haramlah rokok itu….HARAM 2X…. (masing2 fikirkan lah ek…)
Jadi… mungkin kenyataan ini (yg pasal gune haemoglobin khinzir sebagai penapis dlm rokok tu…) Allah mahu tunjukkan bahawa, betullah ROKOK itu adelah haram… (ape2 sahaja yg berkaitan dengannye…) kerana… bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri… yg paling teruk membahayakan kesihatan org lain…. Yg mane risiko utk mendapat kesan sampingan drpd rokok itu berkali2 ganda lagi…. (itu yg aku paling ingat mase Ustz. Aman present aritu…)
Lagi2 sekarang, ade penapis darah khinzir dlm die…Eee… nak ke korang sedut bende tu??
So, ape tindakan selanjutnye… cube la berhenti merokok ek… pade sesiape yg kuat sgt merokok… Pade sesiape yg nak cube2 tu… jgnlah sekali2… sebab bile dah start jadi ketagih susah gile nak berhenti….
Sebab tu… kebanyakan yg merokok ni… sedar akan kesan sampingan dan bahayanya.. tapi oleh kerana ketagihan (kesan drpd bahan kimia dlm rokok tu… Nicotine)… dan kebanyakan kesan sampingan yg teruk2 tu ade lah jangka mase panjang punye cite… so mereka susah nak berhenti… kasihannye rase…. Kadang2 rase bukan salah mereka pun… sebab mereka nak berhenti pon tak boleh… sebab… yg disebut tadilah… (takkan nak ulang2 lagi kot…)
Tapi, insyaallah… bykkan berdoa… tawakkal… usaha kuat… gantungkan diri pada Allah… Puase sunat byk ke…. Tuhan akan tolong… byk pahala tu… sebab kite berusaha kearah kebaikan utk bukan diri sendiri sahaja n utk org lain juge…plus puase sunat dapat pahala lagi… wah byaknye pahala leh kutip….
Akhir kate… daku mungkin ade tersalah ckp atau terkasar bahasa dlm ape yg diungkapkan… namun demi Allah… tiade niat utk menyampah atau membenci sesiape… semua yg dikatakan adelah semata2 kerana Allah dgn niat utk menyampaikan kebaikan…. (tapi mane2 yg salah harap mintak maaf…)… Daku ini manusia juge….. memang takkan lepas drpd melakukan kesalahan….
Semoga Tuhan mengampuni daku dan ummat islam sekalian….Amin…
Tuesday, April 27, 2010
Thank You Allah...(Alhamdulillah)
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you
O Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take
الحمدلله
All praises to Allah
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you
الحمدلله
All praises to Allah
Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home
الحمدلله
All praises to Allah
Wednesday, April 14, 2010
Cintailah Allah… Nescaya Dia Mencintaimu...
Cintailah Allah... Nescaya Dia Mencintaimu…. Membukakan hati seluruh isi Langit dan Bumi… agar turut Mencintaimu….
Kata2 ini dipetik dari sebuah buku bertajuk Hadith-Hadith Cinta… Karangan Amir Syammakh… Daku hanya sebagai hamba Allah yg lemah dan perlu byk belajar mengambil inisiatif mengupas sedikit sebanyak… dari apa yg di baca dan dipelajari…. Harap ilmu yg sedikit cuma ini dapat dikongsi kita bersama… Marilah sama2 renungkan…
Cintailah Allah dalam apa jua cara sekalipun… kerana jika anda mencintai Allah… Allah akan memerintahkan seluruh makhluk langit dan bumi…. Agar dibisikkan ke hatinya agar mencintaimu bersama2… Bayangkan betapa besarnya nikmat ini… “SELURUH ISI LANGIT DAN BUMI”…. MasyaAllah….
Kenyataan ini telah disokong oleh hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah r.a….
“Ketika Allah mencintai seorang hamba, Allah menyeru pada malaikat Jibril, ‘Hai Jibril, sungguh Allah mencintai si fulan, cintailah ia olehmu.’ Jibril pun mencintainya. Kemudian, ia menyeru kepada penduduk langit, ‘Sungguh Allah mencintai si fulan, cintailah ia oleh kalian.’ Ia pun dicintai penduduk langit. Setelah itu, ia diterima di muka bumi. Dan ketika Allah membenci seorang hamba….. (HR Muslim)
Bagi meraih cinta Allah bukanlah mudah… hendaklah tekun menjalankan segala suruhanNya… banyak bekorban ke jalan Allah… melakukan amalan2 yg diredhai Allah….
Perkara2 ini apabila disebut… semua org islam tau… macam menjawab soalan periksa agama islam masa SPM dulu…dan rase2 senang je nak buat sume nie….
Tetapi hakikatnya, sememangnya bukan senang utk mengecapi cinta Allah ini…. Tunggulah apabila di saat kita diuji dgn kesenangan dunia… ajakan nafsu dan mungkin dgn kesusahan dan penderitaan yg berpanjangan… waktu itu barulah kita tau… sanggupkah kita bekorban kerana Allah….
Namun…Allah itu sememangnya sayang pada hamba2Nya… bila dia beri kita pelbagai ujian kita dikehendaki bykkan beristighfar…. Supaya kita kembali padaNya…
Jangan lupa juga sentiasa berdoa pada Allah…Jalan yang Allah beri bagi hamba2Nya yang buntu dan disaat perlukan tempat utk mengadu dan pohon pertolongan….
Allah sgt suka pada hamba2Nya yg mengadu padaNya… Kerana di waktu kita mengadu itu… menunjukkan kita selalu ingat padaNya…. Jadi… bermohonlah sebanyak mungkin….agar mendapat cinta ilahi….
Konsep mencintai Allah ini… adalah apabila kita melebihkan Allah dalam segala hal… meletakkan cinta pada Allah dalam list nombor satu daripada segalanya… Ibubapa…kekasih, isteri…. Anak2… adikberadik… kawan2….
Sememangnya sukar… kerana manusia itu terdorong dgn perasaan yg lemah dan nafsu yang kuat….sentiasa mengalihkan hala tujuan manusia kepada yg salah… Siapa lagi tak lain tak bukan Boss2 yg mengawal dan mengarahkan nafsu ni utk menghancurkan manusia kalau tak Iblis dan syaitan yg di laknat…..
Kejarilah cinta Allah…. Kerana…itulah cinta yang kekal hingga akhir hayat… cinta yg lain2 tidak menentu….dan tidak pernah pasti… kadang2 hanya mimpi… dan harapan palsu semata2…. Bercintalah kamu sesame manusia… kerana Allah…. Biar ada Allah di antaranya…
Kerana apabila terlalu cintakan Allah…. Cinta sesame manusia akan terpelihara olehNya sentiasa…InsyaAllah….
Sunday, March 28, 2010
HAENG BOK HA GIL BA RAE (LIM HYUNG JOO)
translations...
You cried as you saw a different place in these eyes
Then because I hated you so much
I followed suit too
I tore you apart from my longing
It hurts me and it kills me
But I hope you’re happier with my love
Ah~ ah~ ah~ Ah~~~~…
If you look back to the hard times
You’ll see that I’m always there
I left there completely
Because of your tears
You are alone in the space I left
The thing was that we couldn’t be together
These days I love you so much
That’s become the reason for not being able to go
I tore you apart from my longing
It hurts me and it kills me
But I hope you’re happier with my love
I hope you’re happier,
I hope you’re happy…..
p/s: For the first time I heard this song... it touches me so much... eventhough i dont understand what is it tell.... It just get into my heart... and it hurt me so much.... by that time I knew... This is my song.... my expression that I dont know how to tell....
Friday, March 19, 2010
We Can?? or Just a Weekend...
Tuesday, March 16, 2010
Bagai Tikus Membaiki Labu??
Sunday, March 14, 2010
Pilu Dalam Kekuatan....
Saturday, February 27, 2010
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA
Just nak kongsi sebuah cerita yang mane memperkatakan mengenai nilai Iman.... Marilah same2 bermuhasabah... sejauh mane keimanan kita terhadap Allah... dan mengambil iktibar sedikit sebyk daripada kisah ini....
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nankir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia. Kata Saidina Ali:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA". "ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA". "ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN". "HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
Mencari keredhaan Allah itu lebih utama dari memenangi hati pemimpin dan menggembirakan orang-orang munafik. Bak kate pepatah mane entah... Arab kot...
"Seseorang yang tidak ada sebahagian Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggal kosong”....
When You Need Someone.... Think of Allah First...
Doa Asmaul Husna - Doa Penghapus Duka
Diantara doa yg daku amalkan ketika dalam kedukaan... selepas mengalunkan asma' al husna.... insyaallah Allah itu Maha mendengar...
Sabda Rasulullah SAW:
مَا أَصَابَ مُسْلِمًا قَطُّ هَمٌّ وَلاَ حَزَنٌ فَقَالَ اللّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَاْبنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي فِى يَدِكَ مَاٍض فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاءُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي وَجلاَءَ حُزْنِي وَذهَابَ هَمِّي إِلاَّ أَذْهَبَ اللهُ هَمَّهُ وَأَبْدَلَهُ مَكَانَ حُزْنِهِ فَرَحًا
'Tidak ada duka cita dan kesedihan yang menimpa seorang muslim, lalu ia membaca: 'Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan putra dari jariyah-Mu, ubun-ubunku berada di tangan-Mu, berlaku padaku hukum-Mu, sangat adil padaku keputusan-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan seluruh asma-Mu, yang telah Engkau namakan untuk diri-Mu, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhluk-Mu, atau masih dalam rahsia gaib pada-Mu, yang hanya Engkau sendiri yang mengetahuinya, agar Engkau jadikan al-Qur`an sebagai penyejuk hatiku, pembersih sakit hatiku, dan penghapus kesedihanku,' melainkan Allah menghilangkan kesedihan hatinya dan menggantikan tempat duka citanya menjadi kebahagiaan.'
HR. al-Hakim 1877, Ibnu Hibban 972, Ahmad 3712 &4318, Ibnu Abi Syaibah 28318, dan Thabrani dalam al-Mu'jamul Kabir 10352-Shahih).